Jumaat, 5 September 2014

Betul Ke Cara Aku?

Betul ke cara aku layan kau? Aku rasa macam dah terlalu melampau lah pulak. Tapi kau tak pernah faham. Memacam dah aku tweet supaya kau sakit hati dengan aku. Aku tweet semua tu sebab aku tahu kau akan baca semua tu. Kau menyamar sebagai orang orang lain bila aku cakap yang aku tak kenal kau. Aku kekadang tak tahu samada aku nak kena mengalah dengan kau atau tak? Kau tak pernah pun cuba nak tanya aku sendiri kenapa aku jadi lain dengan kau. Kau minta orang untuk faham kau sedangkan kau sendiri tak pernah pun cuba untuk faham orang kan? Aku dah penat tunggu supaya kau tanya aku kenapa aku jadi lain dengan kau. Mungkin betul kot sangkaan aku yang kau ni mempunyai ego yang cukup tinggi. Kau tak pernah nak fikir akan ego orang lain jugak kan? Betul lah sangkaan aku yang kau memang nak tamatkan persahabatan kita. Nasib baik kita tak kenal lama sangat kan. Kalau tak aku tak tahu lah jadi macam mana. Im done with all these things. Kalau kau rasa kau nak kawan dengan aku,kau akan cari aku sebab aku dah malas nak terhegeh hegeh cari kau. Meroyan sakan macam orang gila. Mengemis supaya kau maafkan aku. I bet kau sendiri tahu mana nak cari aku kan?

Jagakan Dia Untukku

Sekarang aku sendiri tak tahu perasaan aku dekat dia. One word to describe this feeling is CONFUSED. Betul ke apa yang aku rasa ni. Kekadang aku rasa macam perasaan yang muncul ni salah. Tolong lah ya Allah,hilang kan semua perasaan yang ada pada aku ini. Aku dah tak sanggup nak tanggung semua penderitaan ni. Tak terdaya untuk aku menanggung semua perasaan yang membelenggung aku ni. Mungkin aku lupa siapa diri ini. Bila semua ini terhenti,ia membuatkan aku terfikir bahawa kisah ini memerlukan kau. Maafkan aku bila aku menyakiti diri kau. Ergh !! kenapa dengan aku ni? Macam-2 cara dah aku buat supaya hati aku ni tidak terpaut pada dia tapi takk boleh. Perasaan tu tetap muncul.

Khamis, 4 September 2014

Sekarang Aku Tahu Siapa Aku

Terima kasih sahabat lepas apa yang kau cakap pada aku. Terima kasih sebab selama ni kau sudi nak kawan dengan walaupun kau terpaksa. Aku tahu siapa lah aku sebenarnya. Aku tak layak nak kawan dengan kau. Aku juga ada maruah diri dan aku juga ego. Aku dah maafkan kau. Aku tak simpan dendam pun. Aku jugak tak terasa pun. Aku tak ambil hati pun. Aku tak payah nak risau lah ye. Kau minta supaya aku whatsapp kau bila perlu kan. Kau pun cakap yang kau tak suka akan perangai aku. Aku dapat terima semua tu. Jadi aku rasa kau tak perlu lah nak tanya bagai kenapa aku tetiba berubah. Aku dah penat kot asyik nak mengalah je. Asyik aku je yang salah. Asyik aku je yang kena minta maaf dulu walaupun semua tu bukan salah aku. Yes aku mengaku yang aku ni kekadang manja terlebih. Mungkin itu kot sebab kenapa kau tak suka aku. Tapi aku tak boleh nak ubah diri aku. Aku akan ikut cakap kau. Sekarang aku cuma mampu berdoa agar kau berjaya dekat main campus. Menjadi anak yang baik dan lelaki yang baik. Jangan lewatkan solat. Jangan lupa ambil wudhuk sebelum tidur. Baca doa sebelum tidur. Semuanya akan jadi baik selepas ni. Semoga kau akan jumpa sahabat yang setaraf dengan kau. Yang lebih baik dari aku.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Siapa Aku?

Kadang-kadang aku sering bertanya pada diri sendiri,siapa aku sebenarnya?Apa yang aku nak dalam hidup ni?Yes,I admit.Aku seorang yang panas baran.Seorang yang pendiam dan pemalu.Aku ni seorang yang sombong.Aku ni seorang yang tak suka untuk melemparkan senyuman pada orang lain.Tapi sebagai seorang manusia yang dilahirkan dengan perasaan,aku perlukan seseorang yang mampu untuk berada di samping aku di saat aku jatuh dan gembira.Selain itu,aku juga perlukan seseorang untuk membimbing aku sekiranya aku alpa.Aku sedar akan kelemahan diri aku.Aku mudah hanyut dengan semua kemewahan dunia.Kadang kala aku terfikir jugak,kenapa aku ni susah untuk didekati oleh orang?Aku ni teruk sangat ke?Aku cuba untuk masuk dalam dunia korang tapi aku rasa macam aku ni berpura pura je.


Bagi aku,bila orang dah mula tak percayakan aku,saat tu jugak lah aku perlu pergi dari hidup dia.Aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku sebab bagi aku,aku tak boleh nak tutup mulut manusia dari berhenti bercakap.Lantak lah apa orang nak cakap pasal aku sebab hanya aku jee yang tahu siapa aku yang sebenarnya.Aku lebih suka bersendirian dari hidup dengan orang lain kerana aku tak sanggup nak hidup dalam kepura puraan.

Sekian Lama

Rasanya tak silap aku dah setahun aku tak menjenguk blog aku ni.Almaklumlah life as a student begitu mencabar.Assignment yang berlambak disertakan lagi dengan karenah manusia yang terpaksa aku layan.Sekarang ni aku berada di sem akhir di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Yesss,aku dah tak sabar nak ke main campus di Gombak.Aku jugak dah tak sabar nak buat degree.

Aku,Atiqah dan Aina

Herm,,beberapa sem yang lepas begitu sukar bagi aku sebab banyak masalah yang timbul.Dengan perangai manusia yang pelbagai dan ditambah pulak dengan beberapa subject yang begitu 'mencekik' aku.Contohnya Basic Research Method & Report Writting (BMW).Disebabkan subject tu,aku menangis tiap-2 malam.Ergh,,But Alhamdulillah,aku berjaya harunginya dengan selamat..acecece..hahaha

Selasa, 16 Julai 2013

Baru update

Rasanya da begitu lama aku tak update blog ni..Dah bersawang gila dah blog aku ni..Herm actually sekarang ni sudah bergelar pelajar CFS IIUM,,yeahhh!!Impian aku untuk bergelar seorang mahasiswa tercapai jugak akhirnya.Aku teringin nak menulis novel..Maybe pada post akan datang aku akan meluahkan semua idea aku..

Jumaat, 17 Ogos 2012

Cerita

teringat pasal saat-2 indah dulu..selalu call and message..sangat baik..semuanya bermula di facebook..dia add aku n aku accpt,,muka boleh tahan..tinggi and putih..memg ciri-2 yg diingini ar..dia sekolah di MRSM teeeet..kitaorang sama umur tpi dia lansung tak gaya macam budak umur 17 thun,,dalam masa seminggu message then die mintak no phone,,masa tu tak syak apa-2 lagi..so bagi je lar terus,,tak sampai lima minit dia call..dia just cakap yang ini no dia..aku pon cakap 'ooo,ye ke?bgus ar'..aku pon macam nak tak nak je layan,,setiap kali dalam kul 5 or 6,dia akan call kalau tak pon message,,itupun just nak cakap 'baik-2 pergi sekolah tu.bawak motor baik-2.' NANTI SAMBUNG BALIK..PENAT NAK TULIS